Dividen ASN 2012...6.30sen Seunit
Assalam semua
Wow semalam PNB mengumumkan kadar dividen untuk pemilik atau pelabur atau peyimpan didalam Amanah Saham Nasional...Berapa?...Kadar yang diumumkan adalah meningkat sedikit dari 6.05sen kepada
6.30 sen seunit..wow best best..naik 0.25sen...Apa apa pun kena bersyukur dengan apa yang diberikan..semua ini adalah rezeki ALLAH...So ari rabu bersamaan dengan 2hb Januari 2013...maka akan ramailah kaunter kaunter bank yang menjadi agent PNB...so den gak akan tidak melepaskan peluang nie..untuk mengupdate kedua dua buku ASB dan ASN...cuak gak nak tengok berapa dapat...malas nak kira...hahaha...
Bye n salam
****************************************
KUALA LUMPUR, 26 Dis -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan kadar pengagihan pendapatan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012, sebanyak 6.30 sen seunit.Jumlah itu merupakan peningkatan 0.25 sen berbanding tahun lepas.
"Jumlah pulangan ini adalah jumlah yang terbaik dalam tempoh 10 tahun ini," kata Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pada majlis pengumuman pengagihan pendapatan skim ASN di sini.
Jumlah pembayaran tersebut akan diterima oleh seramai 1.23 juta pemegang unit yang melanggan 1.46 bilion unit ASN.
*********************************************
Comments