Posts

Showing posts from June, 2010

Penutupan Facilities Yang Amat Berguna oleh PNB

Salam semua. Hari ini aku nak berkongsi maklumat yang telah disahkan oleh pihak bank sendiri. Permohonan baru untuk semua jenis OD ASB atau ASW bagi permohonan individu telah dibekukan oleh PNB. Kalau nak mohon kena guna nama syarikat sebab mungkin ada urus niaga kot. So mana yang dah ada teruskan rancangan anda. Jangan enjoy pulak. Itu duit hutang okay. Bye n salam p/s : Nasib baik aku dan isteri dah plan awal2. boleh gak dirempitkan. Amin

Simptom Masalah Kewangan Kita Ditahap Merbahaya.....

     Salam semua...Kali ini aku ingin berkongsi dengan semua mengenai petanda-petanda atau simpton-simpton dunia sudah kiamat ..masalah kewangan sedang melanda kita iaini diri sendiri. Ini bukan aku yang tulis tetapi aku ambil dari Laman Blog Pakdi, Penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang. Setiap penyakit ada simptom tertentu. Penyakit berkaitan wang pun ada simptom sendiri. Berikut adalah 7 petanda yang menunjukkan kita ada penyakit dalam urusan kewangan. 1. Menambah bilangan kad kredit Kad kredit Bank Siti semakin menghampiri had limit yang ditetapkan. Malangya, kalau tidak pakai kad kredit untuk berbelanja setiap bulan, macam mana mahu hidup. Duit gaji memang habis bila menjelang tengah bulan. Maka, cari lah kad kredit baru dari Cina India Melayu Bank. 2. Hutang kad kredit bayar yang minima sahaja Bulan-bulan guna kad kredit, tapi bayar hanya cukup-cukup yang bank minta. Maka setiap hari hutang semakin bertambah akibat adanya elemen riba hutang dalam...

Mungkin Ini Penghujungnya....

Salam semua Bunyi entry kali seperti pelik pulak. Tapi inilah hakikatnya...perjuangan PTJM disini seperti telur dihujung tanduk..Mother Company and Associated Company dah taknak pump duit lagi...maka ibarat telur dihujung tanduk...Apa boleh buat sudah disuratkan sebegini...Yang aku kesian adalah karyawan-karyawan yang aku pilih untuk berkerja disini..Mereka semuanya hendak sangat berkerja..Tapi kalau duit pun makin menyusut...adakah mereka akan dikekalkan..? entahlah...  Aku punya Plant Manager telah ditamatkan kontrak...tapi dia dah dapat keja baru tapi jauh dari rumah sekitar 150km...Chemical Industri..okaylah tu...Kalau ditanya dengan pemegang kertas kira-kira PTJM (Pa Gun)..PTJM boleh bertahan sehingga augustus atau september sahaja...kemudian dia akan collapse sendiri...Perh perh..penat tu usaha aku membantu untuk menjayakan misi luar negeri company aku...apa boleh buat tidak semua investment yang dilakukan akan berjaya dan membuahkan hasil... Lah nie aku pergi sini pun s...

Kembali Ke Indonesia...

Salam semua.. Perhh pejam celik pejam celik...dah habis udah cuti sekolah...Alhamdullilah...aku dapat menyempurnakan majlis perkahwinan adik perempuan aku secara bergotong-royong sekeluarga dengan jayanya...dan aku dapat bawa anak bini aku pergi bercuti ke kuantan.. Alhamdullilah. Hari ini jam 800 malam aku akan berangkat ke Indoensia....mungkin dalam dua minggu atau lebih sedikit. Apa2 pun inilah keja yang aku harus buat. Alhamdullilah aku masih mampu untuk pergi ke Indonesia. Aku mendapat khabar akan ke Indonesia pada hari khamis semasa dalam perjalanan ke Kuantan...Petandanya adalah mata sebelah kiri aku asyik berkelip-kelip...aku bertanya dengan wife..wife kata ada petanda nak menangis nie...perh seram...masa aku berhenti berehat di Pekan Pahang, Madam CSF msg dan aku balas dgn panggilan...maka arahan untuk ke Indonesia dengan segera telah dibuat...Lepas je tu..kedip kedip mata aku hilang...hahhaaa....Rupa2nya nak ke Indonesia adalah pekara yang kurang baik untuk aku..hahaaa.......

Alhamdullilah...semua sudah selesai....

Salam semua... Alhamdullilah majlis perkahwinan adik den di Kampung Felda Bukit Senggeh...sudah selesai dengan meriah dan dihadiri ramai tetamu. Sebelum majlis itu, den mengadakan majlis akikah anak den...pada petang jumaat. Dua ekor kambing ditombangkan. Manakala untuk majlis adik den seekor lembu besar ditumbangkan..berat setelah dibuang perut dan kulit adalah 205kg...perh besarnyer. Makanan untuk majlis adik den adalah daging lembu masak kari, nenas masak kuning, ikan kurau masak nenas, perut masak kuning dengan nangka, nasi minyak dan nasi putih...perhhh...Penat untuk menguruskan semua ini...hanya allah sahaja yang tahu...betis den sakit...kejang sekejap...tidur tak cukup tetapi yang penting majlis berjalan lancar dan pada hari majlis...hujan tak turun seperti malam berinai..Alhamdullilah..Dah dapat den adik ipar org serkam. Tinggal seorang jer adik lelaki den belum lagi..dah 30tahun tapi masih mencari lagi.....tapi secara tidak disengajakan....perempuan akan dapat suami yang su...

Safety Deposite Box..

Image
Salam semua...Kali ini aku ingin merasa bagaimana rasanya memiliki safety deposite box..Rasa macam org banyak harta pun ada gak..hehe tapi sekadar ingin merasa jer...Charge yang dikenakan bank adalah berpatutan...cuma sekitar RM 180.00 setahun dan initial charge dalam RM 150.00. Okaylah tu...Dan bank telah insurancekan setiap deposite box sebanyak RM 10000.00 shj...so kalau barang kita lebih kat situ maka kita kenalah ambik insurance tambahan.... Aku hanya letak beberapa document penting peribadi jer..eheeh...Bye n salam