Goodbye Cherry Homes & Residence

Salam semua dan apa khabar?..Sihat harapnya.

Just nak berkongsi gembira dan sedih sedikit. Hari ini adalah hari terakhir aku menetap di kamar dekat Cherry Homes & Residence yang telah aku sewa selama setahun. Diam tak diam, aku dah setahun berulang alik Malaysia dari Indonesia. Inilah doa aku yang telah dimakbulkan iaitu ingin berkerja di luar negara. Sekarang aku dah ada pengalaman bagaimana berkerja diluar negara. Bukan sahaja gembira dengan apa imbuhan yang diberi tetapi emosi juga turut ada suka dan sedih...

Walaupun aku sudah berkerja tetap di Melaka semula, aku tetap akan ke Indonesia semula sekiranya diperlukan kelak. Ini janji aku pada pihak management PMSB. Okay bukan ini aku nak cerita tetapi aku akan tidak lagi menetap di Cherry Homes & Residence ini lagi kalau aku ke sini semula kelak sebab selepas ini mungkin akan menetap di Hotel-hotel yang telah tersenarai didalam corporate rate list company PTJM.

Setahun telah meninggalkan banyak kenangan di Cherry Homes & Residence ini. Suka duka. Bagaimana aku menyambut bulan ramadhan di sini. Perhh...Susah gak duduk bujang bila kita dah berkeluarga nie. Akan tetapi ini adalah pengalaman yang tidak boleh dibayar dengan wang ringgit. Setahunnjuga aku berulang alik dari Bandung ke Cikampek. Sejam pergi dan sejam balik. Nasib baik ader supir. Bolehlah aku lelap...hehehehe...

Cherry Homes & Residence ini selesa bagi aku sebab dia menyediakan kemudahan seperti hotel-hotel lain walaupun sewanya murah. Bukan aku nak promote tetapi ini yang aku alami. Dari segi kawalan sekuritinya dan keramahan pekerja-pekerja disini. Makan pun murah dekat sini. Bagi aku bolehlah sebab standard aku golongan bawahan pun boleh. Janji kenyang. Cuma dia tersorok dari jalan besar. Tetapi ramai gak org Malaysia menginap dekat sini kadang-kadanglah.

Okaylah...kenangan tetap kenangan. Sekian terima kasih Indonesia. Sehingga berjumpa lagi dan salam semua.

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Tamsilan : Ayas Dan Raja

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)