Posts

Showing posts from March, 2010

Bosan Tahap Dewa...

Salam semuanya... Baru jer dua tiga hari aku kebah..tapi rasa macam fikiran nie hilang sesuatu..semangat dan entahlah...aku seperti dilanda kemurungan atau lebih dikenali sebagai ilmu bosan tahap dewata raya....Aku seperti hilang semangat nak berkerja tak seperti aku sebelum sakit...Perhhh parah nie. Rindu kot dengan anak bini nie...tapi dah hampir setahun aku bergaya hidup seperti ini...Ingat aku nak minta cuti sebulan dua tanpa gajilah...Agak2 bos luluskan cuti tu ker...Takper nanti aku cuba usyah bos aku...dapat sebulan pun kira okay gak...eheheheh....Okaylah terasa release sedikit otak aku bila menulis dalam blog nie....Okay semua sehingga kita berjumpa lagi...Chow n salam.

Demam...

Salam semua.. Aku gagahkan juga untuk menulis blog nie..Walaupun kepala aku begal. Aku demam semenjak dari ari ahad (minggu) lagi...balik dari kerja..aku dah rasa semua badan-badan aku pegal-pegal (segal), tengkorok (kerongkong) aku sakit....makan beberepa butir ubat...aku layan tidor...tapi aku gelisah sebab panas sejuk datang menyerang...perhhh..susahnya demam tempat org nie....Ari senin aku gagahkan diri untuk ke Plant...sampai dekat sana lagilah teruk....lebih kurang sejam dekat sana aku balik semula ke bandung....Hari ini ada kurang sedikit...tadi dah suruh supir beli air kelapa dengan nasi dekat Warung Sederhana....Cuma kepala pusing2, hingus, batuk...harap badan terasa panas sejuk hilang...amin.

BLR (Base Lending Rate)...

Salam semua. Sekadar ingin berkongsi sedikit maklumat perbankan. Hari ini 06 March 2010, Kadar Asas Pinjaman atau Base Lending Rate (BLR) telah diumumkan naik dari 5.55% ke 5.80% ...Naik 0.25% setelah Bank Negara mengumumkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman atau Overnight Policy Rate (OPR) dari 2.0% ke 2.25% pada 04 March 2010. Semoga kita boleh merancang sistem kewangan kita sendiri dengan kenaikan BLR ini. Semoga anda ceria dan bahagia. Sehingga kita berjumpa lagi. Bye n salam

Agak-agak Apa Keputusan Juri Panel Audit...Bad or Good

Salam semua.. Aku sudah kembali ke lubuk emas aku semula...terasa begitu singkat 7 hari di Malaysia...perhh..Bila kita berlumba dengan masa nie...terasa sungguh cepatnya masa ini berjalan...Rasanya seperti tidak sempat untuk bertemu dengan semua kawan di Malaysia dalam masa yang sesingkat itu. Tapi aku tetap bersyukur sebab diberikan masa tersebut... Sekembalinya aku ke sini, Gajah Hijau aku sedang beraksi dengan baik sekali. Terima kasih kepada anak buah aku yang disini sebab dah boleh mengendalikan sendiri aksi Gajah Hijau ini. Alhamdullilah ilmu yang aku curahkan tak sia-sia walaupun belum begitu sempurna. Dekat sini juga telah didatangi beberapa "Panel Juri" untuk memberikan dua kata hikmah..iaitu teruskan atau sebaliknya. Atau mereka ini mempunyai agenda tersendiri. Wallahualam...aku pun kurang pasti dengan tindakan mereka...Apa2 pun walaupun hitam atau putih kata mereka, aku tetap mengikut juga. Ibarat timun dengan durian...menyerang atau diserang tetap kalah...hah...