Bowling....No 2

Salam semua. Kali ini aku berkesempatan untuk menulis sebab sudah enam hari dari 29hb Januari ari tu rumah aku streamyx rosak..Apa boleh buat. Ini aku nak cerita tentang kejohanan bowling Pantai Medivest. Telah diadakan bertempat di Jaya Jusco Seremban 2 pada 31hb Januari tempoh hari.

Kebetulan aku balik ke Malaysia, so aku pun turut serta sama dikejohanan tersebut. Ramai gak yang bertanya dengan aku...bila sampai, balik semata2 nak main bowling ke?..cuti ker?...Biasalah...kitakan pekerja Indonesia..eheh..

Start pendaftaran sekitar jam 10pagi...begitu dan begini..bermulalah acara melontar bola berat tu sekitar jam 1130pagi...Acara habis sekitar jam 2ptg...Alhamdullilah aku mendapat tempat kedua keseluruhan jatuh pin...Bukannyer banyak pun jatuh tetapi 3 frame maintain je so menanglah..Hahahaaa (gelak besar nie)...Tak habis disitu jer..group kami menang pulak jumlah jatuh untuk keseluruhan bagi group / team. So memang menanglah ..eheheh Group pulak terdiri dari ( Rafee, En Azhar, Hj Din, Tariq dan Aku)...perhhh...gembira.

Itu sahaja yang aku nak berkongsi. Lepas main keesokan hari...tangan aku nie dah pegal (sengallah)..mana tak..dah 4 tahun tak practice..tetiba jer belasah bolah 13pound..gilo ko...Tapi kalau tersenarai dalam group Pantai Medivest untuk menentang 2 lagi konsisi...Aku nak kena tempah bola nie...hahaaa...Gloumor sikit..tak gitu..Bye n salam

p/s: Gambar tak bawa kamera...

Comments

Ahboy2020 said…
alah aku klu aku join,blm tentu pun boss blh menang,hehehe.alah no 2 tu pun nasib je tu.hehehehe.komputer salah kita point tu.bola masuk longkang pun komputer kita strike.hahahaha.

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)