Posts

Showing posts from August, 2009

HUT Kemerdekaan Malaysia 52

Image
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera I wish all Malaysians "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52". May the Nation head towards prosperous, peaceful and harmonious times ahead. Tahun ini Satu Malaysia sebagai cogan kata maka atas sebab itulah, Satu Malaysia patut dijadikan asas untuk membangunkan semula nilai-nilai yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu. Ini bukan masanya untuk berburuk sangka, bertelagah dan mencaci sesama kita. Ini adalah masa untuk mengukuhkan semula ikatan yang kian longgar, yang mana jika dibiarkan, masa depan lebih 27 juta manusia yang berlindung dengan negara ini akan menjadi kelam. Sekiranya ini yang diperjuangkan maka nyatakan dalam bentuk perbuatan pula bukan hanya dalam bentuk tulisan atau memo. Sekiranya yang tukang laungkan hanya semata-mata melaungkan tanpa paham erti yang ingin disampaikan maka apa ertinya. Fikirkan. Sambutan kemerdekaan yang jatuh ketika bulan penuh rahmat, Ramadhan, pastinya mempunyai hikmah dan maksud yang cukup...

Pangandaran dan Batu Hiu...

Image
Salam semua. Ini adalah sebahagian dari aktiviti mengunjungi kawasan atau tempat wisata yang berada di Indonesia. Aktiviti ini dilakukan seminggu sebelum bermulanya bulan puasa. Kali ini aku berkunjung ke Pangandaran dan Wisata Batu Hiu.. Pangandaran dan batu hiu ini adalah kawasan wisata yang terkenal. Ia merupakan kawasan pantai. Pangandaran terbahagi kepada dua bahagian pantai. Pantai Barat dan timur. Kawasan timur adalah cantik untuk melihat matahari timbul (sunrise) manakala barat adalah untuk matahari tenggelam (sunset)... Untuk pengetahuan semua, bahagian pantai barat adalah sebahagian daripada kawasan yang dilanda tsunami pada tahun 2004. Kalau kita menyusuri sepanjang pantai barat ini, kita masih lagi boleh melihat beberapa kawasan dan perumahaan yang masih lagi kekal dari kesan tsunami dahulu..Mungkin untuk tujuan sejarah atau mereka semua ini telah meninggalkan kawasan ini sebab terdapat beberapa kawasan yang terdapat papan tanda untuk menyatakan mereka ingin menjual tanah ...

Baju Batik..Sudah Siap

Image
Salam semua Post kali ini adalah susulan daripada entry yang lepas. Batik yang diberi telah siap dijahit menjadi kemeja. Okaylah. Insyallah nak beli lagi kemeja batik nie yang lain warnanya. Close-up dekat sikit. Tengah dok bergaya. Sebab hari ini Jumaat so aku pakailah. Biasanya org dekat sini (Indonesia) mengenakan pakai batik setiap hari jumaat dan sekiranya menghadiri majlis rasmi atau formal. So sudah duduk sini dan berkerja disini, maka aku kenalah bergaya ala-ala pekerja sini. Sekian terima kasih dan berjumpa lagi. Bye n salam semua. Selamat berpuasa semua Malaysia dan Indonesia.

Batik

Image
Salam semua. Ada org kasi kain batik untuk dibuat baju batik. Kan aku berada dekat seberang nie, yang mana batik adalah pakaian rasmi untuk majlis-majlis formal. Ini adalah batik solo. Warna hijau cair. Aku belum g tempah lagi. Insyallah dalam sehari dua nie. Nanti dah siap aku pamerkan dekat sini. Bolehlah, dah org kasi mana boleh pilih2..Ambik jerlah dengan tanda syukur alhamdullilah. Okaylah sehingga berjumpa lagi. Chow n salam

Cita Cita

Salam semua.. Bosan sangat nie. Kalau ikutkan kerja yang menanti banyak ni. Sebab nak selesaikan tiga ISO (9001:2009 , 14001:2004 , OSHAS 18001:2007) yang dijangka dibuat first audit pada penghujung bulan Oktober. Tapi masih banyak lagi kerja-kerja implimentasi yang harus dibuat. Dalam masa segini, aku terpikir ler pulak akan cita-cita dan impian aku yang aku nak buat selagi aku bernafas nie. Bagi aku cita-cita tak semestinya awal tahun jer...yang penting bila idea atau impian itu muncul maka itulah starting keinginan. Bagi aku cita-cita atau impian adalah keinginan (desire) kita. 1. Nak ader saving dalam ASB 200K, tanpa terusik. sebab kalau kena berenti kerja (mana ler tahu satu hari nanti), maka kehidupan aku bolehlah terjamin sedikit. Bayangkan kalau dividen diberi sekitar 7% setahun maka untuk tahun berikutnya aku akan hidup dengan 14K dari duit ASB. Lebih kurang RM 1150. Boleh hidup ker dengan banyak nie sekarang nie. Insyallah. ( Belum tercapai ) 2. Nak ader saving dalam ASW 2...

“Sepohon Kayu”..Bukan Sekadar Lirik

Salam semua..Sekadar ingin berkongsi pekara-pekara yang baik. Sepohon kayu, daunnya rimbun Lebat bunganya serta buahnya Walaupun hidup seribu tahun Kalau tak sembahyang apa gunanya Kami berkerja sehari-hari Untuk belanja rumah sendiri Walaupun hidup seribu tahun Kalau tak sembahyang apa gunanya Kami sembahyang fardu sembahyang Sunatpun ada bukan sembarang Supaya Allah menjadi sayang Kami berkerja hatilah riang Kami sembahyang limalah waktu Siang dan malam sudahlah tentu Hidup dikubur yatim piatu Tinggallah seorang dipukul dipalu Dipukul dipalu sehari-hari Barulah dia sedarlah diri Hidup didunia tiada bererti Akhirat disana sangatlah rugi Apa yang tersirat dan tersurat didalam lirik ini : Rangkap pertama dan kedua menyentuh tentang nilai solat dalam kehidupan Muslim. Solat adalah tiang agama dan rukun Islam yang kedua. Sebagai analoginya, tiada sebuah bangunan atau menara yang tinggi yang dibina tanpa tiang cerucuknya. Tiang cerucuk inilah yang mendokong binaan yang tinggi tersebu...

Hujan...Oh Hujan..Oh Hujan...

Salam semua..ini aku nak kongsi sedikit ilmu pengetahuan yang dikirim oleh kawan aku dalam email. Sekadar ingin berkongsi jer. Pekara yang baik wajib dikongsi dan beritahu. Sekarang ni boleh dikatakan hari2 hujan / ribut petir / guruh kan ?. Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang disekeliling saya "Cuaca buruk je akhir2 ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk ? Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan ? - Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je.. - Alahai, hujan laaagiiii - Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni - Payah nak buat apa2 kalau hujan - Tak boleh balik lagi, hujan! Bukankah bebelan2 tu lebih baik digantikan dengan doa: "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami). Hakikatnya, hujan itu rahmat. "Dan Dia lah (Allah) yang menghantark...

Bersendirian...

Salam semua..Bersendirian...bila seseorang itu bersendirian maka bermacam-macam pekara yang dipikirkan dan dikenangkan. Tapi bila kita berdua-duaan atau bertiga-tiga atau berempat-empat atau beramai-ramai mungkin pekara seperti mengalamun dan memikirkan pekara yang lepas jarang berlaku. Kalau aku berada diMalaysia, aku lebih banyak mengabiskan masa aku dengan kerja-kerja sampingan aku sebab kerja-kerja di Melaka tidak melibatkan diri aku lagi. Mereka semua sudah boleh berdikari. Alhamdullilah, so aku akan lebih banyak mengabiskan sisa masa aku dengan aku punya sifu atau cikgu untuk memperbaiki kehidupan ini. Alhamdullilah juga, ilmu dan segala pengalaman sifu atau cikgu aku tu sungguh berguna untuk diri aku. Dialah sifu, sahabat, kawan dan juga partner yang sukar dicari ganti. Terima kasih juga kepada Mama sebab paham dan mengerti apa yang Ayah buat. Kalau Mama marah atau memendam rasa..Ayah minta maaf banyak2. Sepanjang hari ini aku mengadap TV..layan HBO, Star Movies, AXN...banyak ga...