Berehat Dr Dunia FB

Assalamualaikum semua
Lama dah tak menulis dalam blog nie. Saya mendoakan kalian yg membaca semuanya sihat seperti saya hendaknya. Amin amin amin.

Hari ini saya membuat keputusan untuk berehat dr mengambil tahu dunia facebook sebentar. Saya mensasarkan selama sebulan. Untuk muhasabah diri. Sekiranya jiwa tidak memberontak maka saya akan membuat keputusan untuk menamatkan terus urusan dunia facebook saya. Mengapa?

Ini untuk diri saya. Saya merasakan saya terlalu leka dengan dunia maya terutama fb. Whatapps juga sebahagian yg menghayalkan tetapi penggunaannya lebih kepada maklumat dan perhubungan silaturahim. Yang ini masih boleh diberi ruang dan peluang.

FB telah menyebabkan saya terlebih mengingat dunia dari mencari kharirat yg sebenarnya lebih kekal abadi. Ini pandangan saya. Anda boleh bersetuju dan tidak bersetuju. Ini bukan kes boikot barangan ciptaan yahudi. Mana yg baik utk tujuan baik teruskan tetapi sy merasakan lebih utk diri saya. Saya bersalah terhadap diri sendiri. Itu shj.

Doakan saya, semoga berhasil dalam muhasabah diri untuk kali ini.

Sehingga kita berjumpa lagi

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)