Disiplin Dan Kekangan Cash Flow...2014

Assalamualaikum Semua..
Nampaknya semakin kurang membuat posting. Hari nie tergerak nak menulis entry terbaru mengenai disiplin dan kekangan cash flow 2014 untuk diri den. Apa maksudnya. Maksudnya tak semua benda yang kita buat akan menjadi milik kita selamanya. Sekali air bah sekali itulah air akan berubah. Maka den kena berbalik kepada asal atau perancangan asal bersama arwah iaitu disiplinkan diri bila mana kekangan kewangan cash flow tidak begitu rancak.

Untuk tahun 2014, perancangan kewangan untuk sumber perniagaan nampaknya semakin hari semakin sukat. TETAPI inilah lumrah yang harus atau wajib den hadapi. MEMANG perancangan awal telah dibuat TETAPI biasalah lumrah manusia mana mungkin meredhakannya. TETAPI den cuba pujuk juga hati ini untuk menerimanya dengan hati yang terbuka. REZEKI ALLAH ini luas..Insyallah setiap yang berlaku adalah hasil perancanganNYA. Hanya dia yang MAHA mengetahui.

Apa itu disiplin kewangan yang harus atau wajib den kawal?...Kawal perbelanjaan keluarga, diri dan unexpected expenses...sebab mengikut perancangan awal den boleh survive dengan kadar gaji seorang lepasan ijazah. Tetapi klu dihitung kadar hutang atau perbelanjaan ditolak dengan kadar pendapatan ia membawa kepada cash flow kewangan yang negative. Ini merunsingkan.

Tak perlu runsing, move with the flow cuma jangan mnongkah arus. Boleh menongkah arus tetapi kenalah dengan plan yang hebat. Tetapi dalam situasi den sekarang nie. Den akan bergerak mengikut arus tahap kewangan den sekarang. NO MORE unexpected expenses. Semua mesti dirancang.

Kalau dahulu berlaku pembaziran pada pembelian benda benda yang tak perlu tetapi skrg nie mungkin akan lebih berhati hati. Pekara sedemikian pasti berlaku tetapi den akan cuba untuk mengurangkannya. Kalau boleh kadar misplan dikurangkan kepada below 30% by this yearlah. Dan yang paling besar adalah kesilapan MELABUR...kadang kadang kita mengharapkan yang terbaik tetapi perancangan ALLAH jualah yang paling hebat. Kebanyakan pelaburan yang den buat semuanya kurang menjadi..ada yang balik modal dan ada yang hancur lebur. MULAI dari hari ini semua pelaburan yang bakal dibuat hendaklah diteliti dan dimohon untuk ditanya dengan yang lebih arif. 

Tetapi den tetap bersyukur kepadamu ALLAH dengan apa yang telah dirancang sebelum ini membolehkan den dan keluarga mempunyai masa yang terluang dan boleh dinikmati bersama. SYUKUR padaMU ALLAH. Dengan keterluangan masa ini, den cuba untuk menfaatkan kepada jalanMU dan memperluruskan dan memperbetulkan diri. Bak kata Tegar : Aku yang dahulu dan aku yang sekarang....

Sehingga kita berjumpa lagi.

***************************************
Pengajaran atau kesimpulan

1. Tak semua yang kita miliki akan kekal kepada kita
2. Apa jua perancangan yang telah buat hanya perancangan ALLAH jua yang terbaik
3. Disiplin didalam mengawal sistem kewangan diri dan keluarga
4. Berfikir dan jangan boros didalam membelibelah atau membuat pelaburan
5. Perbanyakkan beristigfar dan bertaubat untuk meluruskan atau memperbaiki diri. Insyallah kita akan ketemu ketenangan yang dicari.
6. Semua yang terjadi adalah tamparan untuk menyedarkan dari keasyikan kepada kita agar mengingati yang kita tak selalu berada diatas dan selesa. Atau kita kenalah selalu mengingatNYA walaupun kita diatas atau dibawah.

Comments

Anonymous said…
salam en..boleh wasap sy kat 0126419139..ada perkara penting sy nak tanye.tqvm

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)