Tabung Haji umum bonus tahunan 6 tambahan bonus haji 2 peratus, Kewangan 2013
Assalamualaikum semua Tabung haji sudah pun declare dividen(bonus) sebanyak 6% plus dengan tambahan bonus 2%. Total adalah 8%. Wow...Ini telah siap siap tolak zakat. Alahamdullilah nikmat ALLAH. ********************** KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bonus tahunan sebanyak enam peratus dan tambahan bonus haji dua peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan bonus itu sebentar tadi berkata, kadar pembayaran bonus tahunan TH mencatatkan peningkatan 14.3 peratus kepada RM2.4 bilion berbanding RM2.1 bilion tahun sebelumnya. "Jumlah keseluruhan pembayaran bonus 2013 adalah RM 2.6 bilion, meningkat 6.5 peratus berbanding tahun sebelumnya. "Pembayaran keseluruhan bonus merangkumi bonus tahunan berjumlah RM2.4 bilion dan bonus haji RM223 juta," katanya. Jamil Khir berkata, pembayaran bonus tahunan akan dinikmati keseluruhan 8.3 juta pendeposi...