Last Membuat Percubaan...
Assalam semua...
Kali ini adalah last percubaan den dalam bidang nie. Bidang apa tu...Bidang Forex..Klu ianya menjadi den akan teruskan. Apa maksud dengan menjadi?..Klu berjayalah plannyer...klu gagal den akan stop dan tumpukan kepada pasif income yang sedia ada...Maksud gagal disini apa?...Gagal disini bermaksud den punya akaun akan burst atau dipanggil Margin Call...kira modal habislah...hahaha
Brp banyak kali ini nak dimodalkan?...Den rasa semampu yang boleh tidak menjejaskan perancangan yang telah dibuat. Ini kira lebihan yang telah disediakan untuk diperabihkan..perhhh gampang jer ayat dia...hahaha...Kira kali ini den bernekad...setahun hendaklah mempunyai pulangan yang baik sekitar 30% aje...so agak selamat gak plannya..Apa2 pun boleh terjadi didalam dunia forex nie.
Tak habis lagi...ditanya berapa modal?..Kali ini den akan reveal disini...sekitar 10Kusd kot..jangan pulak kata den riak..idaklah..nak cuba dalam perniagaan mestilah ada modal yang besau. berjaya atau gagal itu lumrah. Tetapi den tetap percaya rezeki semua ditangan Allah..den kena berusaha jer.. So doakan den..hahaha
Bila nak start nie?..Insyallah klu mengikut perancangan akan bermula pada isnin nie...Dan insyallah den akan update secara berkala setiap bulan...untuk menunjukan progress bisnes forex nie..Okaylah...senang kata klu takder progress dari den bermaksud GAGAL lah tu..hahaha
Bye n salam
Comments