Permulaan 2012

Salam semua
Perjalanan 2012 sudah pun bermula..semoga kita semua berusaha keras untuk mengapai impian 2012 pulak. Untuk tahun 2012, den bermula dengan langkah yang selesa sebab impian untuk berumah besar tercapai. Alhamdullilah rumah semi-D yang diimpikan telah siap direnovasi dengan memenuhi sedikit impian iaitu perabot jati, perabot tempah dan lantai kayu...Alhamdullilah ini semua rezeki Allah.

2012...juga den akan menambah bilangan ahli keluarga. Insyallah yang ke-4. Dan yang ke-4 inilah yang terakhir dalam perancangan keluarga den. Den harap dikurniakan seorang anak perempuan tetapi menerima apa yang telah diberi olehNya. Den hanya boleh merancang tetapi Dia yang maha besar menentukan.

2012...den akan realign semula bisness dan kewangan den semula. Merancang untuk lebih hebat atau lebih selesa itulah impian. Okaylah sehingga kita berjumpa lagi. Bye n salam

p/s:..nanti kalau berkesempatan den akan uploadkan rumah semi-D den yang telah den duduki ini.

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)