Posts

Showing posts from June, 2011

Dividen KPF 2010 - 15%

Salam semua. Ceria selalu Wow berita gempar untuk aku...Semalam (23/06/2011). Pihak KPF - Koperasi Permodalan Felda Berhad telah membuat pengumuman dividen untuk tahun 2010 sebanyak 15%. Ini berita dia ( Dividen 15% )..Apa yang bestnyer klu KPF umum dividen?..Aku ada share ker?.. Sudah tentulah jawapan untuk pertanyaan diatas. YA. Banyak ker aku punya share?..Itu adalah rahsia...tetapi bolehlah bernafas. Gembira hati nie tak terkira sebab inilah first time aku merasa dividen KPF. Kalau aku tahu dah lama aku join ini koperasi. Tetapi sudah rezeki aku lewat tetapi tetap bersyukur. Okaylah jumpa lagi semua. bye n salam.

Lelongan Ar Rahnu - Emas

Image
Alhamdullilah..Menang lagi untuk kali ke-3 Sebenarnya ini adalah barang kemas yang aku bid bersama dengan barang kemas yang aku menang tempoh hari (ke-2, menang). Mengikut kata pegawai bank, org yang menang bid nie dia tak datang ambik so dia beri kepada org yang kedua tertinggi bid iaitu aku. So alhamdullilah 2 rantai tangan seberat total 27.7gram menjadi milik aku. Barang kemas nie aku menang dalam RM 140.00. Walaupun tinggi tetapi masih lagi okay sebab harga arrahnu di Agro bank adalah RM 161.80 dan di Bank Rakyat adalah RM163.72 . Wow...beza untung tu banyak oooo...RM 20.00...Adalah untung RM 400. Matlamat aku sebenarnya adalah untuk mengumpulkan 8 set sebanyak 100 - 120gram setiap set. Aku nak play my role dekat arrahnu Bank Agro. BUKAN untuk jual balik tau.  So okaylah dengan harga segini. Bye n salam. Jumpa lagi p/s:...27hb June 2011 - Bank Rakyat Jalan Hang Tuah ada buat lelongan lagi...so jom kita terjah...hahaha...mencuba nasib lagi sekali. Mana tahu ada luck atau tu...

BLR naik ke 6.6%...

Salam semua Just nak update yang BLR telah dinaikkan kepada 6.6%. So adakah ini petunjuk ekonomi menaik atau menurun. Terpulang kepada persepsi anda masing-masing. Bagi saya BLR ini masih lagi reasonable untuk dilalui. Berhati-hatilah dengan hutang yang menggunakan konsep BLR. Bye n salam

2012 - PRI ke BKD

Image
Salam semua. PRI aka Taman Paya Rumput Indah manakala BKD aka Taman Bukit Katil Damai 2. Alhamdullilah perjalanan hidup selepas melepaskan jawatan yang diidam-idamka dahulu di PMSB telah menyempurnakan impian aku untuk memiliki sebuah rumah Semi-D. Insyalah tahun 2012 aku akan menjadi warga Bukit Katil Melaka. Doakan aku dan keluarga bahagia semua. Sokongan tanpa henti anda terhadap den, amat2 den hargai. Insyallah den akan jemput semua kawan2 datang kerumah baru den di Bukit Katil Damai 2 nie. Sehingga kita berjupa lagi. Bye semua.

Lelongan Ar Rahnu - Emas

Image
Salam semua. Menang lagi menang lagi.... Alhamdullilah rezeki..ini adalah kali ke-2 aku menang bid emas lelong di Bank Rakyat. Kali ini Bank Rakyat Melaka Main. Emas 916 harga ditawarkan adalah RM 135.19 dan aku telah bid dengan harga RM 139.55. Manakala harga pasaran adalah RM 161.80 di Agro bank dan di Bank Rakyat adalah RM 161.78. Alhamdullilah dekat 20 inggit bezanya. Kali ini rantai leher juga. Wow bestnyer...syukur syukur. P/S : Ingat bulan tujuh nie nak masuk auction rumah pulak. Dah survey survey dekat taman muzaffar shah..okay gak. eheheh. Klu owner tak bid balik aku layan ini pulak...kasi cabang lain investment nie..hehehe

KPF 2

Salam semua. Tajuk kali ini mengenai KPF 2..dulu aku ada cerita mengenai bakal kewujudan koperasi felda untuk generasi ke-2..maka hari ini aku telah diberitahu akan pembukaannya. Tadi dah call KPF 2 ..Cik Nurul telah menjelaskan..konsep untuk memohon adalah sama seperti KPF juga kena ada syarat pengesahaan dari pada pengurus felda. Limit untuk membeli share KPF2 adalah sebanyak RM100k seorang shj..so okaylah tu. Den akan membuat urusan untuk tujuan ini pada minggu ini dan InsyAllah minggu depan dah leh hantar permohonan ke KPF2..konsep menambah share adalah sama seperti KPF2..tunggu keahlian diluluskan dan kita buat penambahan...yehaaa.... Bertambah lagi porfolio pelaburan den...Insyallah den hanya mengharapkan 10% dividen setiap tahun...amin amin amin. Bye n salam