Posts

Showing posts from June, 2014

Gaji KPF dah masuk..

Assalamualaikum semua Sepatutnya berina nie diupdatekan awal tetapi disebabkan kekangan masa yang semakin singkat dirasai skarang ni. Maka hari ini baru sempat update. Gaji kedua dari KPF telah masuk pada 27hb Jun ari tu. Awal pulak kali ini. Mungkin disebabkan bulan puasa kot, biasanya bulan July paling awal. Apa2 pun alhamdullilah syukur. Dividen 10% telah selamat darat. Manakala 5% mungkin akan mendarat bulan 9 kot. Apa2 pun ini sudah terlajak laris ..alamak lain pulak motto yg digunakan. Apa2 den bersyukur dengan kurniaan dan rahmatNya. Alhamdullilah, berkat kesabaran dan keazaman yang tinggi akhirnya hasil menabung membuahkan hasil yang agak manis. Kiranya tahun ini KPF telah membayar sebanyak 25%. WOW. Bye n salam Jumpa lagi

Selamat Berpuasa Ramadhan 1435

Assalamualaikum Semua Selamat berpuasa semua untuk Ramadhan 1435 Semoga ia menjadi suatu ramadhan yang paling bermakna kepada kita Azam Ramadhan Tahun nie nak buat yang terbaik dr ramadhan yang dahulu Semoga kita semua berjumpa malam yang terbaik dr seribu malam Selamat menyambut ramadhan. Sehingga berjumpa lagi. Bye n salam

Fenomena atau Perangkap Investment Emas?

Assalammualaikum Semua Sedar tak sedar kita semua sudah berganjak untuk menghampiri ramadhan yang baru. Ya Allah kau ketemulah saya/kami dengan bulan ramadhan tahun ini. Okay berbalik dengan tajuk den nie adalah disebabkan kawan kawan sekeliling den berbicara agak serious mengenai fenomena pelaburan emas yang baru. APA tu? Den bukan nak kondem atau nak up?. TAPI den sekadar ingin berkongsi rasa. Kalau dilihat akan pelaburan ini telah mula diperkatakan pada pertengahan tahun lepas. Iaitu beli barang kemas secara delay?..Iaitu sipembeli akan membeli BK pada harga yang rendah tetapi membuat pembayaran sekarang dan dalam masa sebulan atau mengikut perjanjian dgn pembeli tempoh masa tersebut. Dan pada masa tempoh tersebut kita akan dapat BK kita. Yang nie den ada juga terjerumus. Den beli lebih kurang 30g dengan harga pada masa itu adalah 124/g tetapi disebabkan belian barang delay maka harga ditawarkan adalah sekitar 116/g..Proses berjaya cuma perasaan dab dub dab dub jantung an...

Dividen ASD, KPF dan KOWAMAS tahun kewangan 2013/2014

Image
Assalamualaikum Semua Lama dah tak menulis didalam blog nie. Dah naik bersawang dah, takut pulak nak buka. Hahaa..Kali ini den rangkumkan jerlah apa yang den nak tuliskan. Macam biasalah bulan 6 nie best ditunggu sebab ada pengumuman dividen ASD, KPF, KOWAMAS dan Koperasi koperasi lain. 1. ASD     PNB umumkan 6.6 sen bagi Amanah Saham Didik, syukur alhamdullilah. 2. KPF umumkan 15% (10% dividen dan 5% bonus)     Alhamdullillah dan syukur sebab untuk den ini adalah sumber besar dalam pelaburan yang pasif. Kira gaji gak nie.  3. Kowamas     Umumkan 15%, tetapi membuat pembayaran secara 8% bentuk saham dan 7% bentuk tunai. Syukur alhamdullilah. 4. Koperasi koperasi lain belum lagi diupdate dan diketahui. Bank Persatuan juga turut ditunggu pengumuman tahap dividen yang telah diragui akan tahap keberangsangan jumlah dividen semenjak dua tahun kebelakangan ini. Semoga perancangan yang telah den buat membuahkan hasil seperti yang ...