Posts

Showing posts from July, 2013

PNB Mungkin Berpengerusi BARU???

Assalamualaikum Semoga semua sihat sejahtera..16 posa dah skrg nie. Tajuk kat atas tu agak best gak untuk direnungkan kepada semua orang yang mempunyai dana didalam PNB..Kita tahu skrg nie pengerusi PNB adalah Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid ..dan mempunyai ura ura yang beliau akan tamat kontrak sebagai pengerusi tahun nie...Dan bakal digantikan dengan EX- CM Melaka..sapa ekkk...Siapa lagi klu bukan Tok Ali... Penjelasan nya mampukah mempertahanan kestabilan semua unit unit amanah PNB atau akan terus memacu kehadapan unit unit amanah PNB berdaya saing mengikut peredaran zaman. Org anggap semua nie gosip atau spekulasi..Bagi den..klu tiada angin manakan pokok bergoyang...Hahaha..Politik Malaysia sudah boleh baca oooo. Takper..pengerusi jer...yang menjalankan kerja CEOlah...siapa lagi klu bukan Tan Sri Dato' Sri Hamad Kama Piah Che Othman...hehehe...Nanti bila mengumunkan dividen terpampanglah muka Tok Ali gan Mat Piah...hehehe...Semoga kolibrasi mereka berdua memant...

Kesihatan Ayah....

Assalamualaikum semua Ceria ceria semua dibulan pose nie...Kesihatan ayah den semakin uzur...kenkadang takleh bangun...sekarang nie boleh bangun tetapi kena pimpin...Sebelum sebelum nie, aku balik kg lepas asar...tetapi rutin nie aku ubah sebab..kenkadang ayah dah dimandikan oleh adik aku (Anip)...aku sebenarnya nak mengurangkan kerja anip...akhirnya aku balik lepas zohor...so aku akan balik rumah semula selepas pukul 6ptg...kira dapat berbuka dengan anak2 gak... Aku cuba untuk mengurangkan kerja atau bebanan adik aku....aku pernah alami semua ini...dan aku pasti perasaan dia juga terganggu...Aku harap dengan rutin yang aku ubah nie dapat lah serba sedikit meringankan kerja dia...aku akan mandi dan tukar semua keperluan ayah...iaitu Mandi, tukar kain dan baju serta kasi makan dan minum serta letakkan dia kat tempat tido...atleast tak mengganggu adik dan mak aku nak berbuka nanti... Semoga ayah sihat dan den rehda dengan apa yang berlaku. Inilah ujian untuk den dan keluarga.....

Bubur Lambuk...Edisi TBKD-2 (Super Power)

Image
Assalamualaikum semua Kali edisi bergotong royong membuat bubur lambuk. Wow best best. Pestime buat kat taman den nie. Walaupun acara nie dah lepas tetapi kegembiraan dan kemeriah suasana bergotong royong terasa dengan sambutan yang amat amat memberangsangkan. Best ooooo Acara nie atas idea dr Abg Zainal (Penasihat)...dan telah dibuat berbincang oleh AJK Persatuan Penduduk dan AJK Surau Nur As Sakinah...akhirnya termaterilah tarikh Sabtu 20hb Julai 13. Yang kelakarnya semua tak pernah involve buat bubur lambuk dalam erti kata lain zero knowledge maaa...Memula kita org mengambil idea abg Saadon punya resepi (isteri dia punyalah...tetapi ala ala terengganu dan untuk makan sekeluarga jer)..so bro Jeff mengambil inisiatif menggunakan khidmat pakcik google..jumpa resepi Chef Sabri...untuk 200org...so jeng jeng Satu mesyuarat kedai Irfanh dijalankan...akhirnya den diamanahkan untuk membeli semua kerperluan untuk majlis nie..iaitu rempah ratus...den beli dekat Mydin jer..mudah..hah...

Dividen KPF ...Tahun Kewangan 2012..16.5%

Assalamualaikum Apa khabar semua, hari ini (10/7) kita akn mula berpuasa untuk tahun 2013...alhamdullilah sekali lagi kita diberi peluang untuk merasa kenikmatan berpuasa dan melakukan kerja kerja yang boleh menambah bilangan pahala..alhamdullilah syukur. Berbalik kepada cerita tajuk diatas...Alhamdullilah syukur..Pada 7/7 pada hari ahad aritu..KPF telah membuat AGM kali ke-32..dan telah declare 16.5% iaitu 10% dividen dan 6.5% bonus. Bonus nie kena tunggu kelulusan SKM... Alhamdullilah dividen 10% telah dibankin kedalam mana2 ahli yang membuat pembayaran (dividen bonus) secara transfer ke akaun..manakala yang menggunakan cheque..kenalah bersabar tunggu. Apa2 pun duit pencen den sudah masuk..wow wow.. Sekadar renungan : Bayangkan 16.5% adalah 2kali ganda ASB...walaupun sedikit menurun dari tahun 2011 tetapi syukur..den target lebih dari 10% jer..Ini adalah nilai yang teramat best. Okaylah lepas nie tunggu ASW2020 pulak. Apa2 pun menyimpanlah untuk kesenangan sendiri ...