Assalamualaikum Ini adalah entry pertama utk tahun baru 2015. Tahun 2014, kebanyakan kawan kawan den bermula dengan hebat dalam dunia emas dan bercita2 utk menjadi jutawan pada tahun 2015..tetapi penghujung 2014...mereka semua seperti tidak boleh lagi tersenyum...walaupun cuba untuk tersenyum...Den doakan semua yg terlibatkan akan mendapat sinar. DEN juga terkena sedikit tempias. Sedikit sahaja tetapi tidak membawa kepada kedukaan. Masih boleh ketawa. Syukur alhamdullilah. Tahun 2015...den masih kekalkan posisi bertaham dalam kedudukan kewangan den. Kali ini akan lebih berhati2 dengan sahabat atau kawan yg datang atau talipon utk buat hutang. Tahun 2014..manis sebab aku dan wife pergi menunaikan ibadah umrah pada 4hb dis sampai 14hb dis 2014...alhamdullilah manis..manis..manis Okaylah sehingga berjumpa lagi