Posts

Showing posts from August, 2012

Hari Kemerdekaan Malaysia - 55

Image
Assalam semua Esok Malaysia akan menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan yang kali ke-55. Wow..dah lama dah kita merdeka..Yahoo..Dibawah nie logo hari kemerdekaan kali ini. Wow..bagi den ianya tidaklah begitu patriotik sebab dicampur dengan politik...ini pendapat den okay..masing masing punyai pandangan sendiri..Pesanan yang ingin disampaikan begitu direct..tiada lagi berselindung atau bermadah helah...hehehe Bagi den yang penting kita semua hidup dalam aman damai..Taknak jadi macam negara yang sedang dok bergolak sekarang nie..mcm Syria..Apa maksud merdeka anda semua?..Den...maksud merdeka den adalah bila den bebas dari segala hutang hutang...den akan merdeka...hehehe Okaylah sehingga kita berjumpa lagi. Bye n salam

ASW 2020 : 2011 Dividen 6.6%

Image
Assalam semua Akhirnya apa yang ditunggu telah diumumkan petang tadi...Wow 6.6%..Allahamdullilah duit bonus hari raya 2012 telah diumumkan...Bolehlah buat tambah duit poket ketika poket sedang dok senak dalam bulan raya nie... Inilah faedahnya dan gembiranya bila kita ada membuat simpanan...wow...6.6% adalah target yang besar untuk den..Bayangakan kalau penyimpan ada menyimpan sebanyak RM100K...sudah dapat RM6.6k..wow dah boleh buat bayar mana2 loan atau duit kereta...Tapi den kira duit pencen denlah...best best Berita penuh : Klik sini Bye n salam

Surirumah Vs Mr Mama

Assalam semua. Semenjak kelahiran anak yang ke-4 nie, hampir semua kerja rumah aku buat..walaupun tak 100% sempurna tetapi aku lakukan dan buat. Perhh barulah aku tahu bertapa payahnya kerja sebagai surirumah nie..Bukan aku nak puji tetapi inilah realitinya..aku sudah alami... Bayangkan...setiap saat ada jer kerja yang hendak dilakukan...Basuh baju, jemur baju...buang sampah..tak termasuk masak..klu masak lagi makan masa...tak termasuk mop lantai..lagilah penat...angkat baju..lipat baju..perhh...basuh pinggan..basuh cawan..basuh periuk....perhh..masak air...macam macam kerja nak dibuat..oooo...Karenah budak budak baru nak naik nie...perhhh..buat semak dan mcm lagi...yang  nak susu..yang nak itu yang nak ini..nak suruh mandilah..nak suruh makanlah....ayoyoyoyo...pening hoooo...Tapi semua ini ada hikmahnya untuk den...Insyallah den akan cuba sehingga berjaya...hahaha..mcm ujian periksa pulak...hehehe So tak salahlah klu siisteri yang memegang jawatan fulltime housewife aka...

Pengalaman Baru :..Meneman Isteri Dalam Kamar Bersalin..

Assalam semua Kali ini den nak cerita pengalaman baru den..Apa dia tu?..Pengalaman meneman isteri bersalin didalam kamar bersalin..Perhh. Mula mula tu dah bagitahu isteri yang den tak nak ikut pergi tetapi memandangkan ini adalah permintaan dia sebab dia kata ini adalah polisi keluarga yang terakhir maka den dengan akurnya..follow..so dialah yang uruskan pendaftaran untuk pergi kursus meneman...Kursus meneman wajib dihadiri untuk memastikan para peneman mendapat info yang wajib diketahui semasa berada didalam kamar bersalin kelak...alah sekejap jer..lebih kurang 2-3jam kursus dia..kena pergi dengan isteri semasa kursus diadakan... 18hb Ogos haritu..masa sahur isteri kata dia okaylah..belum ada tanda nak bersalin cuma sakit datang kejap kejap..lepas subuh..mcm biasa den pun meluruskan pinggang...dan lebih kurang pukul 930...isteri kejutkan suruh standby..apa lagi...bergegas bangun dan siapkan budak budak...plan nak hantar kat jiran (abg hamzah)..tapi dia org telah pergi balik kam...

Safety Deposite Box (SDB)

Assalam semua.. Bukan den dah ada SDB ker kat RHB?..Yup memang dah ada...cuma kali ini den buka satu lagi SDB facilities dekat Alliance Bank, cawangan Cheng. Bukan apa senang nak tuju..hehehe..Macam org kaya pulak rasanya bila kita ada SDB nie..Manager bank siap tanya mcm2..hahaha..Kita kerja sengkek jer..hahaha..Den layan jerlah manager bank tu... Cuma SDB kat Alliance bank nie..dia beroperasi kat bawah. Berlainan dengan konsep RHB iaitu ditingkat satu..Apa2 pun dia punya ciri keselamatan tetap terbaik. Opp lupalak nak cerita mengenai rege dia..sewaan dibayar setahun sekali iaitu RM200/tahun tetapi untuk permulaan kenalah bayar deposite sebanyak setahun deposite dan duit mati stem iaitu RM10 aje...Murah beb..saiz sama gan RHB punya SDB...RHB den kena RM250/setahun..okaylah jangan den ada SDB..hehehe.. Kat Allaince SDB, den dapat percuma insuran iaitu RM10000..kalau barang den hilang kena curi atau bank kena pecah lalu SDB pun kena rompak..hahaha..tetapi den tambah lagi insu...

Penangguhan UrusNiaga ASW2020...

Image
  Assalam semua.. untuk makluman mereka-mereka yang mempunyai dana didalam ASW2020..3 september dah boleh bawa buku ASW2020 untuk diupdate. Berapa dividen?..Belum diumumkan lagi..Insyallah petang 24hb Ogos 12, dah boleh tahu berapa dividen untuk tahun nie..Den target dia punya dividen sama gan ASD punya dividen iaitu 6.5%..Apa2 pun, inilah nikmat menyimpan..Dan orang pencen macam den nie amat2 bersyukur dengan pemberianNya..amin amin. Disaat sedang menyambut hari lembaran, hari raya..duit pun dah banyak dikeluarkan untuk tujuan meraikan hari raya puasa...so dengan dividen ASW2020 nie...alhamdullilah ringan sikit bebanan poket..hehehe...Jom kita start menabung..plan masa hadapan anda....tepuk dada tanya duit anda dan masa hadapan anda...Den hanya boleh berceloteh tetapi tabiat bermula dari anda sendiri...Jom jom jom...YAHOOOOOOO...belum umumkan berapa dividen dah gembira..hahaha.. p/s: Bulan september nie ada dua benda yang mendatangkan senyuman poket...iaitu Dividen A...

Selamat Hari Raya 2012

Image
Assalam semua. Dikesempatan yang diberikan OlehNya ini...saya menyusun sepuluh jari kaki tangan memohon ampun dan maaf sekiranya...ada tersilap kata, tutur dan tulisan dimana2 mana jua...FB atau disini..dengan secara langsung atau tidak langsung yang boleh mengecilkan hati kawan kawan dan semua sahabat...Maka ampun maaf diminta dan dipinta... Selamat hari raya...maaf zahir batin buat semua yang mengenali saya secara dekat atau jauh...sehingga kita bertemu lagi. Bye n salam

Hero Lagi...Alhamdullilah

Image
Assalam semua Semalam 18hb Ogos 2012..lebih kurang 1245 tengahari...jumlah ahli keluarga den bertambah...Den dikurniakan seorang lagi hero...Insyallah hero ini yang berat semasa dilahir hampir 4kg akan diberi nama iaitu Aiman Zafry Bin Zolpaka...Nama adalah pilihan bini den..dia yang mencari makna dan maksudnya...Diberikan dua nama..iaitu satu lagi nama perempuan..apakan daya..diberikan zuriat lelaki..Alhamdullilah.. Hero...AZZ Memandangkan perancangan keluarga kami hanya 4 orang..so mungkin inilah yang terakhir..Itu polisi family planing kami..quota hanya empat...bukan 4 bini maaa...tetapi 4 anak jer...So mungkin ditakdirkan den hanya akan mendapat menantu perempuan jerlah...Lambatlah den dapat menantu...lelakilah nie purata mereka akan berkahwin dalam lingkungan 27 - 30tahun...hahahaha...Den paham sebab mana nak bayar hutang belajar..kereta...rumah...makan..enjoy...hahaha...Kenalah den buat perancangan awal untuk mereka kawin awal..hahaha..Cun tak.. Okaylah...4 her...

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Image
Assalam semua.. Nak cerita ringkas mengenai gabenor Bank Negara kita (Malaysia) atau ringkasannya BNM..Secara khususnya Bank Negara Malaysia diketuai oleh seorang Gabenor yang menjalankan urusan dan hal ehwal bank mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah. Sejak ia ditubuhkan, Bank Negara Malaysia telah ditadbir oleh 7 orang Gabenor sehingga kini...  Gabenor BNM dan Tandatangan mereka seperti di note2 kertas duit Malaysia Okaylah...semoga kita semua mendapat sedikit ilmu dan tahu serba sedikit tentang note kertas atau matawang Malaysia..sehingga berjumpa lagi. Nie tengah dok rajin bolehlah berblogg..hahaha...Bye n salam

Gambar Agong Pada Note Kertas...Malaysia..

Image
Assalam semua Wow tajuk mcm hebat jer...Semenjak dua menjak menceburkan diri dalam hobi baru nie..maka den godek godeklah encik google so terjumpalah maklumat nie..so den pun ceduk untuk maklumat denlah...hehehe Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad bersama dengan permaisuri baginda Tuanku Puan Besar Kurshiah Binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin  Sama Tak?..Gambar kat atas dengan gambar kat bawah nie.... Secara terperinci..kengkawan boleh pergi kat sini... Yang di-Pertuan Agong Pertama ..Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960), Baginda adalah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong yang pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.   Jangan pulak keliru dgn Tuanku Abdul Rahman (Agong Pertama) dengan Tunku Abdul Rahman (PM Pertama)..   So dah menjadi minat so kenalah baca serba sedikit...

Semalam Yang Rajin...

Image
Assalam semua Semalam aku menjadi sesangat rajin sehingga aku berjaya membuat homemade wafer...hahaha..ini semua bermula bila wife aku belikan set wafer dekat Mydin MITC...Sebenarnya dah lama cari benda nak buat wafer nie..Memula nak beli set yang orang buat wafer jual tu...dah cari cari ..mahaller pulak..tak berbaloi dengan kos dikeluarkan untuk makan kat rumah jer...hahha Search internet jumpa...ada org nak jual set tu..tapi mahal gak..dalam RM80...last wife jumpa dekat Mydin baru RM60 jer...alhamdullilah...kemudian aku pun apa lagi searchlah internet caroi resepi yang best untuk buat wafer nie..jumpa dan ari semalan terus jer buat..lepas beli barang...hahaha...Dan hasilnya adalah seperti kat bawah tu...Komen dari perasa...okay...sebab habis...hahaha Wafer yang dah siap potong...Untuk berbuka puasa...hehehe Okaylah....nak buat lagi entah bila..hahaha..tunggu lepas lepas rayalah ..itupun klu den rajinlah..hehehe..ingat nak buat standby dalam peti sejuk jerlah...rajin ...

1/2 Ramadhan..

Assalam semua Bulan ramadhan sudah menjengah 15hari...semoga kita semua menghayati bulan yang penuh dengan kemulian ini dengan penuh kesyahduan...Insyallah kita akan menjengah bulan syawal pulak lepas nie. Bagaimana persiapan untuk menyambut hari raya kali ini?..Jangan belanja boros okay...control kewangan anda sebab bulan hanya bulan syawal jer guna duit..lepas bulan syawal kita perlu gunakan wang juga... Insyallah bulan Ogos nie akan menjengah juga dividen ASW2020 pada penghujung Ogos...Yang mana dividen akan keluar, insyallah pada awal bulan September...dan bulan september juga, bonus KPF juga akan keluar..Alhamdullilah..rezeki org pencen beginilah...Hidup nie kena ada perancangan yang teliti..Insyallah diberi jalan olehNya..amin amin amin... Percayalah kawan2...rezeki kita ada dimana2...sebab ini telah dijanjikan Allah. Yang penting kita berusaha untuk mendapatkannya...Walaupun yang bulat tak datang bergolek dan yang pepeh tak datang melayang tetapi kalau sudah ditetapka...